Assalam…
Dah lama sangat tak update blog. Seruan idea tak penah sampai-sampai, I guess. So, cuti semester sebulan ni bolehlah dimanfaatkan dengan menulis blog. Bukan setakat tulis blog je, sebagai anak dara yang solehah lagi mithali, kena lah ringan2 kan tulang menolong di dapur (ehem.. kadang2 je tolong).
Tapi, yang besh sekali, tolong ayah kat opis. Ayah keja kat Maybank as Assistant Credit Manager. Keja ayah n staf2 dia banyak. So, here come my sister and I to the rescue. Besanya, kitorang akan lepak kt opis ayah n tolong apa2 yang patut. Penat gak la. coz banyak geran n dokumen yg nk kena susun n letak lam file. Tapi tak kisah pun. Coz experience that counts. Pastu ayah akan belanja makan. Staf ayah pun baik2.
Yang atas ni mukadimah je. Skang baru nak start cerita.
Ayah saya cerita…
Ayah ada kawan aka boss dia kat opis dulu2. So, biasalah kan, bila orang naik sikit ja.. lebih sikit ja… mesti da orang jeles.. tambah2 lagi orang Melayu. Dengki yang amat. Bila dah dengki tu, mula la nak hantar santau la, jin la.. kalau boleh, dengan bapak2 jin sekali dia nak anta. Punyala dengki kat orang. Tak puas hati bila rezeki orang lain lebih. Tapi, takde kaitan pun dengan cerita ayah. Takde ciri2 mistik pun.
Nak cerita, da orang jeles kat kawan ayah ni. Dia pun buat macam2 la. Kononnya, kawan ayah main rasuah. Da la bukti tapi yang fake punya la. So, kawan ayah kena berenti kerja. So, dia kena start balik dari bawah. Tapi dia tak give up. Dia start wat bisnes. Dulu jatuh teruk sampai kena jual keta. Tapi sekarang ni ayah kata bisnes dia laku. Dia lagi berjaya dari dulu. Income lagi masyuk dari dulu. Yang fitnah dia tu dengarnya dah jatuh bankrap. Ayah cakap dia lawyer.
So, cerita ni simple n pendek je. Tak macam drama kat tv3 or astro bella tu. Tapi yang penting, moral value dia. Boleh relate kan gn life kita?
Sekarang ni banyak orang hati jahat. Tak kira educated or not. Kita naik sikit ja, mula la orang nak dengki. Kita lebih cikit ja, orang kutuk. Fitnah macam2. Betul ke tak belakang kira. Kadang2 orang lupa, ALLAH tu ada. ALLAH Maha Adil. Orang teraniaya ni makbul doanya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sekarang mungkin tak nampak. Tapi, masa depan kita tak tau. Rezeki orang lain2. Janganlah persoalkan rezeki orang lain. Yang bagi rezeki tu ALLAH. Kalau kita persoalkan, tak ke kita persoalkan ALLAH??
Friday, 31 January 2014
Tuesday, 7 January 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)


